" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 30, 2010

GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS

Gambaran Alquran dan Hadith bagi mereka-mereka yang menangis....

((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)
Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.

(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)
Maksudnya:
Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)


(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)
Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)
(HR Tirmizi)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)
Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)

NABI MENANGIS

(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء
Maksudnya:
Abdullah bin syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

SAHABAT MENANGIS

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )


Maksudnya:
Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)


UMAR MENANGIS

Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:
((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)
Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

UTHMAN MENANGIS

Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)
Maksudnya:
Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.

TANGISAN PARA ULAMA

Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:
((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)
Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.

Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..
Dan beliau terus menangis..

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)


Pernahkah kita menangis?

jika menangis sekalipun adakah kerana Allah,adakah kerana takutkanNYA atau adakah kerana cintakan Allah dan para Rasulnya??

tentu tidak bukan?
kita lebih banyak menangis kerana hilangnya wang ringgit,
kita lebih banyak menngis kerana perginya kekasih,
kita lebih banyak menangis kerana berbagai-bagai perkara.....

Bilakah kita hendak menangis kerana takutkan azab yang bakal datng pada kita kelak di akhirat nnti?
adakah kita ingin mensngis ketika mana ahli keluarga meratapi kematian kita?
adakh ketika mana malaikat mencabut nyawa kita?
Renung2kan lah Sahabat ku sekalian...

Thursday, September 23, 2010

Untukmu Mujahid Mujahidah


Bismillahirrohmanirrahim.....

“Dalam ketegasanmu terselit kelembutan…dalam kesungguhanmu terselit seribu duka penderitaan…jerit perihmu menuju puncak kegemilangan…kaulah mujahid mujahidah..dipagari sinar nur islami…”


Wahai mujahid mujahidah islam,
Ke mana sahaja kakimu melangkah,
Hayunlah langkah gagahmu, sebagai mujahid mujahidah unggul!!!

Membawa selembar watikah perjuangan,
Berbekalkan semangat jiwa,
Kental di jiwamu..
Lalu..
Kusisipkan doa-doa harapan
Buat pembakar jiwa mudamu…

Biar berapi semangatmu itu…
Seberani dan segah namamu Saidina Umar Al-Khatab…

Biar dunia pula menjulang namamu..
Inilah mujahid mujahidah moden…
Penyambung warisan dan misi Hasan Al-Banna…

Sedarilah wahai mujahid mujahidah…
Dunia kian dihakis daripada keamanan
Menuntut keadilan dari kekejaman…
Mengertilah wahai mujahid mujahidah…
Dunia menuntut pengorbanan usia remajamu…

Rawatilah ianya dengan Al-Quran dan As-Sunnah…
Julanglah ianya dengan kemenangan ISLAM…

Maralah wahai mujahid mujahidah Islam…
Menuju mardhotillah…


“ Ya Allah, jadikanlah kami mujahid dan mujahidah islam didunia ini serta jadikanlah kami bidadara dan bidadari di Syurga-Mu, AMIN………”

Kisah Imam Al-Ghazali Mencintai Ilmu.

SALAM SAMARA...

Suatu ktika Imam Ghazali brsembahyg jemaah dgn adikny. Imam Ghazali mnjdi Imam mnkala adiknya menjdi makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian.

Setelah selesai menunaikan sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya: "Mengapa ketika bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian"

Lantas adiknya menjawab; "Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian"

Mendengar jawapan adiknya itu Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah.

Imam Ghazali terkejut lantas bertanya kepada adiknya; "Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini"

Adiknya kemudian menjawab; "Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur, sedangkan guruku ini orang biasa sahaja"

Imam Ghazali terus mendesak sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya memberitahu itulah guruku.

Imam Ghazali terus berkata kepada penjual daging;"Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan"

Penjual daging menggelengkan kepalanya lalu berkata; "Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu"

Imam Ghazali merayu sekali lagi; "Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu"

Penjual daging tetap enggan menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada penjual daging tersebut; "Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi"

Penjual Daging kemudian berkata; "Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah). Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu itu."

Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging; "Ajarkanlah aku ilmu"

Penjual daging kemudian berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"

Tepat selepas Subuh keesokan harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti sipenjual daging di hadapan rumah. Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata;"Ajarkanlah aku ilmu"

Penjual daging berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"

Sama seperti hari sebelumnya, sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti perintah penjual daging.

Setelah selesai, Imam Ghazali berkata kepada penjual daging;"Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu."

Penjual daging berkata lagi;"Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok"

Keesokan harinya hal yang sama juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.

Apabila selesai penjual daging tersebut berkata; "Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat. Pulanglah."

Dalam perjalanan pulang Imam Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau dapat melihat hal-hal yang ghaib.


Pengajaran:

1. Kita melihat Imam Ghazali sebaik sahaja mengetahui tentang sesuatu ilmu terus sahaja beliau mencari dan mendatanginya serta berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa. Tidak pula beliau mengambil sikap menunggu ilmu itu mendatangi beliau.

2. Perkara lain yang boleh dipelajari ialah ketaatan Imam Ghazali terhadap arahan gurunya. Apabila diminta datang selepas Subuh, beliau menghadirkan diri tepat pada waktunya. Tatkala diminta membuat pelbagai perkara, beliau akur tanpa banyak bersoal jawab bahkan tidak terdetik pun di dalam hatinya perasaan musykil dan prasangka terhadap gurunya. Sikapnya yang tawaduk dan menyerahkan diri bulat-bulat seumpama mayat menyerah diri kepada si tukang mandi agar dapat dididik sepenuhnya oleh gurunya inilah yang mendorongnya untuk mentaati tiap perintah, membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh gurunya.

3. Dalam mendidik, penjual daging tersebut menumpukan kepada mengikis sifat-sifat mazmumah seperti ego dan menanamkan sifat-sifat mahmudah seperti tawadhuk dalam diri anak muridnya. Sifat-sifat mazmumahlah sebenarnya yang menghijab ilmu yang ingin dialirkan daripada sampai ke hati. Manakala sifat mahmudah merupakan kunci kepada kefahaman ilmu. Apabila hati bersih, hati mudah menerima ilmu. Dan dengan hati yang bersih dari sifat mazmumah ini juga menjadikan hati itu semakin tenang dengan banyaknya ilmu dan bukannya semakin berserabut.

Hasil daripada itu kita dapat lihat mengalirnya keberkatan ilmu dari gurunya itu kepada Imam Ghazali. Sehingga beliau berupaya menghasilkan tulisan yang agung, dapat menghafal lebih 100,000 hadith dan digelar Hujjatul Islam.

Copy & Paste From IluvIslam.Com
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH

Sunday, August 29, 2010

SALAM SAMARA(SAkinah MAwaddah RAhmah)...
Sahabat..marilah kita sama2 menghayati&ambil pengajaran pesanan dari sahabatku ini...


PESANAN SEORANG SAHABAT…

بسم الله الرحمن الرحيم

وﺬكر فان اﻠﺬكر تنفع المؤمنين

Maksudnya : Dan peringatkanlah, maka sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.


Wahai sahabatku…

Inilah pesanan dan nasihat dari diriku yang fakir disisi Allah s.w.t tentang adab-adabmu dalam menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t.


Wahai sahabatku…

Aku tidak ingin menerangkan kepadamu tentang bagaimana cara untuk menuntut ilmu kerana dirimu lebih mengetahui bagaimana caranya dari diriku yang selalu leka dengan nikmat dan perhiasan dunia, tetapi disini ku Cuma ingin mengingatkanmu tentang beberapa perkara yang membahayakan dirimu didalam menuntut ilmu. Ketahuilah sahabatku, sesungguhnya ketika dirimu dalam menuntut ilmu, maka setiap dari dirimu akan menghadapi satu penyakit yang membahayakan sama ada penyakit ini menyerang dirimu dalam keadaan disedari atau tidak sedari dan hanya mereka yang diberi pertolongan oleh Allah s.w.t yang akan selamat.

Wahai sahabat yang ku kasihi…

Disini pertamanya ku ingin mengingatkanmu tentang satu benda yang penting didalam menuntut ilmu. Pekara ini merupakan asas yang terpenting dalam menuntut ilmu. Ia merupakan benih dan tunjang yang bakal kau tanam itu. Jika baik benihnya itu maka baiklah pohon yang akan bercambah itu dan sekiranya rosak benih yang kau tanam itu maka akan rosaklah pohon yang kau tanam itu. Jika elok tunjangnya maka kukuhlah pohon yang tumbuh itu dan jika reput tunjang pohon itu maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Perkara ini merupakan asas kepada asas-asas yang lain didalam kau belajar iaitu niat. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah bersabda didalam sebuah hadith yang berbunyi ;

ﺇنما الأعمال بالنية..1
Maksudnya ; Setiap amalan disertai dengan niat.

Didalam kita melakukan semua pekerjaan sama ada pekerjaan dunia mahupun pekerjaan akhirat akan melibatkan niat kita pada permulaannya.Ketahuilah dengan niat itu akan ember kesan kepada setiap pekerjaan yang akan kita lakukan itu sama ada baik atau pun jahat, bersih atau pun kotor, dan ma’ruf atau pun mungkar.

Ketahuilah sahabatku…

Apabila dirimu menuntut ilmu maka hendaklah kau meniatkan dirimu supaya menuntut ilmu itu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t dan bukannya kerana mencari dan menikmati kehidupan dunia. Sesungguhnya dengan niat itu akan ember kesan kepada pekerjaanmu itu kerana telah ramai orang yang terdahulu mengalami kerugian disebabkan salahnya niat mereka. Allah s.w.t telah berfirman didalam Al-Quran yang mulia ;

قل هل بالأخسرين أعملا الدين ضل سعيهم في الحيوة الدنيا وهم يحسبون أتهم يحسنون صنعا 2

Maksudnya; Katakanlah ( Hai Muhammad ) mahukah aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian didalam usaha mereka. Iaitu orang-orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.

Dan Rasulullah s.a.w juga ada mengingatkan kita tentang bahayanya jika kita tersalah ketika berniat dengan sabda baginda ;

كم من عمل بأعمل الدنيا ويصير بحسن الدنيا من أعمال الأخرة وكم من عمل يتصور بصورة أعمال الأخرة ثم يصير من أعمال الدنيا بسوء النية 3

Maksudnya : Berapa banyak amalan yang berupa keduniaan menjadi amalan akhirat dengan sebab baiknya niatnya dan berapa banyak amalan berupa akhirat menjadi amalan keduniaan dengan sebab buruk niatnya.

Maka telah ku sebutkan kepadamu tentang bahayanya sesuatu amalan jika tersalah niat yang diniatkan. Oleh sebab itu, maka suka ku peringatkan diri ku dan juga dirimu supaya menuntut ilmu dengan meniatkannya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t bukannya untuk mencari kenikmatan dan kupuasan dunia. Wallahua’lam.

Wahai sahabat yang ku kasihi..

Pesanan dan nasihatku yang kedua ialah merupakan peringatan kepadaku dan dirimu yang hina serta lalai dihadapan Allah s.w.t.Nasihat dan pesanan ini merupakan satu peringatan yang penting didalam perjalanan kita menuntut ilmu kerana Allah s.w.t.

Wahai sahabatku…

Disini diriku yang fakir lagi dhaif disisi Allah ingin memperingatkan diriku dan dirimu supaya taatlah kepada Allah s.w.t dan janganlah kita menderhakainya kerana kita adalah hambanya. Ketahuilah sahabatku,ku memperingati dirimu supaya jangan menderhakaiallah bukan kerana dirimu telah menderhakai Allah tetapi ku bimbang kita akan menderhakainya tanpa kita sedari. Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu itu merupakan golongan yang taat kepada Allah tetapi mungkin juga kita akan derhaka dalam taat kepada Allah. Maka sebab itulah ku memperingati sebegini supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang derhaka dalam taat.


Wahai sahabat yang ku kasihi…

Ingatlah kau ketika melakukan semua amalan kebaikan, hendaklah kau berhati-hati didalam pekerjaan itu seperti kau berhati-hati melalui jalan yang penuh dengan duri. Ingatlah, jangan kau campurkan amalanmu itu dengan maksiat walaupun pada permulaan amalan itu berupa kebaikan, tetapi jika kau campurkannya dengan maksiat maka amalan itu akan menjadi rosak serta tertolak dihadapan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memperingatkan kita tentang hal tersebut dengan firmannya ;

ولا تلبسوا الحق بالياطل وتكتموا الحق وانتم تعلمون4

Maksudnya ; Dan janganlah kamu campur adukan antara kebenaran dengan kebatilan ( maksiat ) dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangakan kamu mengetahuinya.

Jadi telah kita ketahui bahawa Allh s.w.t yang telah melarang kita mencampurkan kebaikan dengan kebatilan yakni maksiat kerana ia ember kesan kepada diri kita didalam menuntut ilmu. Pernah suatu ketika Imam Syafie bertanya kepada gurunya(5) tentang kepayahan dalam menuntut ilmu, maka gurunya telah menyuruhnya meninggalkan perbuatan maksiat dan telah berkata ;

ﺇن العلم ونور الله لآ يهدى لله للعاصى5

Maksudnya ; Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah s.w.t tidak akan menerangi perkara maksiat.

Kemudian ku ingin memperingati dirimu tentang niatmu didalam menuntut ilmu adalah belajar kerana Allah s.w.t. Maka teruskanlah pekerjaanmu itu dengan sebenar-benarnya da janganlah kau lakukan pekerjaan lain yang tidak perlu bagi kehidupan dirimu ketika belajar kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

من حسن الأسلام المرء تركه ما لا يغيه6

Maksudnya ; Daripada sebaik-baik seorang muslim adalah mininggalkan pekerjaan yag bukan pekerjaannya.

Maka disini juga telah ku sebutkan apa yang perlu dilakukan oleh dirimu disepanjang perjalanan anta menuntut ilmu kerna Allah s.w.t . oleh itu janganlah kau membahayakan dirimu degan melakukan pekerjaan maksiat yang bukan juga urusanmu ketika belajar dijalan Allah s.w.t, tetapi jika kau lakukan juga maka bersedilah dengan apa yang kau telah lakukan itu. Setiap amalan kebaikan yang bercampur dengan maksiat akan menyebabkan amalan itu tiada keberkatan. Wallahua’lam.


Wahai sahabatku…

Pesanan dan nasihatku yang terakhir ini ingin ku peringatkan kepad diriku dan dirimu serta kepada semua umat Islam yang lain yang juga merupakan hamba kepada Allah s.w.t. Yang Maha Agung. Ia juga merupakan satu perkara yang kita selalu lupa lakukannya didalam setiap pekerjaan kita selaku hamba yang lemah lagi dhaif dihadapan-Nya Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Wahai sahabatku yang dirahmati Allah…

Adalah diriku yang lemah lagi dhaif dihadapan Allah s.w.t. ingin berpesan kepada dirinya dan kepada semua sahabat dan saudara yang dikasihinya supaya bertawakallah kepada Allah s.w.t. Tawakallah kau pada stiap semua pekerjaan yang dilakukan olehmu semua didunia ini. Sesungguhnya didunia ini ini kepada Allah s.w.t sahajalah yang patut kita bertawakal diatas semua pekerjaan. Allah s.w.t telah berfirman dengan firman-Nya ;

وتوكل على الحى اﻠﺬى لا يموت7

Maksudnya ; Dan bertawakallah kamu kepada Allah Yang Hidup (kekal) yang tidak mati.

Telah kita ketahui bahawa setiap sesuatu itu berlaku diatas kekuasaan Allah s.w.t. jadi setiap pekerjaan itu didalam pengetahuan ilmu-Nya sama ada yang telah berlaku atau pun yang akan berlaku. Maka kita sebagai seorang hamba menjadi satu kewajipan untuk menyerahkan urusan kita kepada Allah s.w.t. keraa kita telah meyakini tentang kekuasaan-Nya. Sahabatku, sesungguhnya apabila kita menuntut ilmu kerana Allah s.w.t.maka kepada-Nya jugalah kita patut menyerahkan urusan kita dan bukannya menyerahkan urusan kita kepada usaha yang kita lakukan. Allah s.w.t juga telah berfirman;

وعلي الله قتوكلوﺁ ﺇن كنتم مؤمنين8

Maksudnya; Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman.

Oleh itu marilah kita menyerahkan segala urusan kita kepada Allah s.w.t. sahaja.

“Ya Allah…sesungguhnya kami telah menzalimi-Mu dengan menyerahkan urusan kami kepada usaha kami sahaaja. Ya Allah Tuhan Maha Pengasih…janganlah engkau meletakkan kemurkaan-Mu diatas kesalahan yang kami lakukan terhadap-Mu. Ampunilah diri kami Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah tempat kami berserah dan kepada engkau jua kami memohon keampunan…”Amiin.

Wahai sahabatku…

Sesungguhnya inilah sahaja pesanan dan nasihat yang mampuku sampaikan kepadamu.. Walaupun mumgkin masih terdapat banyak yang tidak ku sebutkan didalam adabmu menuntut ilmu, tetapi jika dirimu lebih memahami dan beramal dengan apa yang ku perkatakan ini maka ia telah cukup bagi dirimu yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. Ku memohon maghfirah daripada Allah s.w.t jika apa yang ku perkatakan ini telah menyalahi Haq-Nya ember bertahmid kepada-Nya diatas segala kebaikan yang ku perkatakan ini kerana semuanya datang daripada Allah s.w.t. yang hanya menyandarkannya kepada diri hamba-Nya yang lemah lagi dhaif ini.



Ya Allah Ya Tuhanku! Kuatkanlah kami ketika kami lemah, tetapkanlah hati dan diri kami ketika kami goyah, tabahkanlah kami dengan ujian yang kami redah dan himpunkanlah kami bersama-sama kekasih-Mu, pejuang-pejuang-Mu, dan bersama-ama orang yang diredhai oleh-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Mematikan dan Maha Menghidupkan lagi Maha Menghimpunkan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.


والله أعلم......




………………………………………………………………………………………………

1. Matan Arba’in; Imam Nawawi
2. Surah Al-Kahfi; 103-104
3. Kitab Ta’lim Muta’lim; Syeikh Zarnuji
4. Surah Al-Baqarah;42
5. Guru Imam Syafie; Imam Malik
6. Matan Arba’in; Imam Nawawi
7. Surah Al-Furqan;58
8. Surah Al-Maidah 23







PESANAN SEORANG SAHABAT II


بسم الله الرحمن الرحيم
كنتم خير أمة أخرجة للناس تأمروت بالمعروف وتنهوت عت المنكر وتؤمنون بالله.1

Maksudnya; Kamu (umat Nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada manusia untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.


Wahai sahabatku!!

Sesungguhnya telah ku perkatakan pesanan dan nasihat kepadamu dahulu supaya menjaga adab-adabmu ketika belajar, maka pada kali ini ingin ku memperkatakan kepadamu tentang tujuan ku ember pesanan dan nasihat seperti itu kepadamu.

Wahai sahabatku…

Telahku sebutkan dahulu kepadamu semua perkara mesti mempunyai niat dan tujuannya sendiri, maka termasuk diriku juga mempunyai niat dan tujuanku tersendiri yang menyebabkanku ingin ember pesanan dan nasihat seperti itu kepadamu. Ku menasihati dirimu dengan perkara itu bukan untuk menunjukkan diriku lebih baik dari dirimu bahkan dirimu lebih mulia dari diriku yang selalu lalai kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya niat dan tujuanku adalah untuk kebaikan dirimu jua dan tiada sedikit pun kebaikan untuk diriku melainkan untuk melihat dirimu menjadi seorang yang bertaqwa serta menjadi semulia-mulia makhluk disisi Allah s.w.t..Aku telah terbaca tentang satu golongan yang ku ingin kita menjadi seperti itu yang telah disebutkan oleh Allah s.w.t. tentang golongan itu didalam firman-Nya;

ﺇن أكرمنكم عتد الله أتقاكم.2

Maksudnya; Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu ialah yang paling bertaqwa.

Taqwa itu merupakan satu perkara yang akan mengangkat dirimu menjadi orang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. Taqwa itu dapat ditafsirkan dengan maksud takutnya kita kepada Allah s.w.t. dalam semua perkara yang kita lakukan sama ada baik mahupun jahat, bersih mahupun kotor, dan ma’ruf mahupun mungkar. Sesungguhnya taqwa itu juga kita akan dapatinya dalam perkataan yang lain seperti khashyah ( خشية ) dan lain-lain lagi. Tetapi pada kali ini ingin ku menyeru kepada diriku dan juga dirimu supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t. yakni dengan perasaan khashyah kepada-Nya.

Wahai sahabatku…

Aku menyeru dirimu supaya mempunyai perasaan takut kepada Allah s.w.t dalam setiap perkara bukan keranaku ingin menghinamu ataupun ingin mengatakan diriku tidak pernah takut kepada Allah s.w.t, tetapi keranaku ingin diri mu menjadi orang yang mulia darjatnya disisi Allah s.w.t dan juga tidak mengulangi kesilapan diriku yang telah banyak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t..Aku telah berfikir bagaimanakah caranya untuk menjadikan dirimu serta diriku mencapai taraf taqwa dan tidak menjadi orang yang lalai dengan keduniaan, maka telah ku temuinya dalam firman Allah s.w.t. yang berbunyi ;

ﺇتما يخشى من عباده العلماء..3
Maksudnya; Sesungguhnya orang yang paling takutkan Allah dikalangan hamba-Nya ialah ulama’.

Allah s.w.t telah berfirman dengan mengatakan bahawa orang yang paling bertaqwa didalam kalangan kita sebagai hamba Allah s.w.t adalah ulama’. Jadi ulama’ yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t didalam firman-Nya itu? Kerana seperti yang mu ketahui bahawa ulama’ terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w didalam sabda baginda iaitu;

العاماء ورثة الأنبياء ﺇن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما وﺇنما ورثوا العلم.4

Maksudnya; Bahawa para ulama’ itu adalah pewaris nabi.Sesungguhnya para Nabi tiada mewariskan ummatnya wang ringgit, tetapi mereka mewariskan ummatnya dengan ilmu.

Mereka yang disebutkan oleh Rasulullah ini adalah merupakan pewaris Nabi yang mana mereka telah mewarisi harta pusaka Nabi yakni ilmu pengetahuan kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak mewariskan kepada kita dengan harta tetapi dengann ilmu pengetahuan. Manakah golongan yang kedua pula yang dissebutkan oleh Rasulullah s.a.w. didalam sabda baginda ialah;

أتا مت غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل : ما هو رسول الله؟ فقال : العلماء السوء.5

Maksudnya; Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal, lalu ada orang yang bertanya ; apakah itu wahai Rasulullah? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab ; Ulama’ su’ yakni ulama’ yang jahat.

Jadi mengapakah Rasulullah s.a.w begitu takutkan golongan yang kedua ini leih daripada Dajjal? Ini kerana kalau kita ketahui bahawa Dajjal ini sudah jelas niatnya iaitu ingin menyesatkan manusia, sedangkan ulama’ su’ ini kita tidak dapat mrngenalinya serta tidak mengetahui niatnya kerana perkataannya adalah seperti perkataan ulama’ dan perwatakannya juga seperti perwatakan ulama’.

Wahai sahabatku yang dirahmati Allah…..

Telah ku sebutkan kepadamu tentang dua golongan ulama’ yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. didalam hadithnya. Sesungguhnya golongan yang pertama merupakan golongan yang diredhai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w, sedangkan golongan yang kedua merupakan golongan yang tidak disukai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Adalah diriku yang fakir ini menginginkan kebaikan tercurah keatas dirimu, maka ketahuilah wahai sahabatku, seesungguhnya golongan yang pertama itulah yag dimaksudkan oleh Allah s.w.t didalam firman-Nya itu. Mereka itu merupakan pewaris kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sesiapa yang menjadi pewarisnya akan dicintai oleh Allah s.w.t. Maka jadikanlah dirimu itu menjadi ulama’ warathatul anbiya’ supaya dirimu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi-Nya serta dijadikanmu sebagai semulia-mulia makhluk kerana hanya dengan menjadi ulama’ warathatul anbiya’ yang akan membuatkan dirimu bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Wahai sahabatku…

Telah ku perkatakan kepadamu bagaimanakah caranya untuk dirimu menjadi seorang yang mulia disisi Allah s.w.t. yakni dengan menjadikan dirimu seperti ulama’ warathatul anbiya’ yang mewarisi harta pusaka Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ilu pengetahuan. Tetapi wahai sahabatku, sesungguhnya untuk menjadi seperti itu bukanlah mudah seperti mengucapakanya karana ramai orang-orang terdahulu telah kecundang didalam mencapai taraf itu.

Wahai sahabatku…

Sesungguhnya tidak ku ingin melihat dirimu kecundang didalam mencapai darjat itu. Ketahuilah sahabatku, sesungguhnya apabila dirimu ingin menjadi ulama’ warathatul anbiya’, maka dirimu mestilah mempunyai ilmu yag diredhai oleh Allah s.w.t. dan apakah ilmu yang diredhai oleh Allah s.w.t itu? Itulah ilmu yang berkat kerana hanya ilmu yang berkat sahaja yang akan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Sesungguhnya jika dirimu belajar ini bukan kerana Allah s.w.t tetapi kerana keduniaan maka dirimu telah menzalimi Allah s.w.t dan apabila kau telah berlaku zalim maka Allah s.w.t tidak akan ember petunjuk kepadamu sebagaimana firman-Nya;

والله لا يهدى القوم الظالمين.6

Maksudnya; Dan Allah tidak ember petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Wahai sahabat yang ku kasihi…

Hendaklah dirimu menjauhi daripada memiliki ilmu yang tidak berkat kerana ilmu yang tidak berkat tidak akan ember manfaat kepada dirimu diakhirat nanti bahkan akan menyusahkan dirimu. Jadi bagaimanakah untukmu mendapatkan ilmu yang berkat itu? Maka hendaklah kau mematuhi adab-adab ketika menuntut ilmu kerana itulah yang akan menghasilkan ilmu yang berkat yang telahku perkatakan dahulu tentang adab-adabnya.

Wahai sahabatku…

Telah diriku yang jahil dan fakir ini memberitahu kepadamu tentang cara-cara yang akan memuliakan dirimu dihadapan Allah s.w.t kelak. Maka kuharapakan dirimu mengamalkan apa yang ku perkatakan ini kerana ia ember manfaat yang besar kapadamu. Sesungguhnya ini adalah nasihat dan peringatan dariku kepadamu sahabat… Ketahuilah, ku menasihati dirimu seperti ini adalah kerana ku yang dhaif dihadapan Allah s.w.t. ini mengasihi dan menyayangi mu dan sahabat-sahabatmu yang lain sebagaimana ku mencintai dan menyayangi diriku sendiri seperti mana sabda Rasullulah s.a.w.

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه.7

Maksudnya; Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

“Ya Allah Ya Tuhanku..kuatkanlah kami Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami Ya Allah, sebagaimana Engkau telah kuatakn hati-hati para kekasih-Mu, para pejuang-Mu dan para Nabi dan Rasul-Mu…Ya Allah, Ya Rahman..kukuhkanlah ikatan ukhuwwah kami… Ya Rahim..kekalkanlah ukhuwwah kami..Ya Rabbal Maghfirah..redhakanlah ukhuwwah persahabatan kami ini…Ya Dzal Jalali wal Ikram..himpunkanlah kami bersama-sama kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w…AMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN…”

والله أعلم....










………………………………………………………………………………………………


1. Surah Ali Imran; 110
2. Surah Hujurat; 13
3. Surah Al-Fatir;28
4. Hadith ini diriwayatkan daripada Anas seperti yang disebutkan didalam kitab Al Jamai’ As-Shaghir, riwayat Ahmad dan lain-lain.
5. Hadith riwayat Ahmad dari Abu Dzar r.a dengan sanad yang baik
6. Surah Al-Jumuah;5
7. Matan Arba’in; Imam Nawawi







### Bonus untuk sahabatku.....dialah sahabat yang apabila ku melihat wajahnya mengingatkanku kepada ALLAH,apbl mendengar kata-katanya membuatkan ku bertambah sayang kepada ISLAM&apbl ku melihat tingkah-lakunya mengingatkan ku kepada HARI AKHIRAT…Sahabat..teruskan perjuanganmu disana..andai ada rezeki,InsyaAllah 1hari nanti pasti kita akan jumpa lagi…Yakinlah dengan janji-janji ALLAH…..

Saturday, August 28, 2010

Mengenang As-syahid Syed Qutb

Ramadhan dinobatkan sebagai bulan pengampunan, bulan Al Quran juga bulan jihad dan pelbagai gelaran yang mengambarkan kebesaran dan kemuliaan penghulu bulan ini.Ramadhan tahun ini yang berlangsung di bulan Ogos juga tidak sepi daripada peristiwa penting di langit sejarah, antaranya pembunuhan kepada tokoh besar perjuangan Islam di abad moden iaitu Syed Qutb.

Syed Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke 20. Sejak kematiannya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam.

Nama sebenar Sayyid Qutb ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali dan beliau berasal daripada keluarga yang berada dan dihormati di kampungnya di Moshah dalam wilayah Assyut di hulu Mesir. Beliau dilahirkan daripada rahim seorang muslimah yang menyintaiAl Quran. Ayahnya sangat mementingkan soal agama dan telah memberikan pengaruh kehidupan beragama yang sangat besar terhadap Syed Qutb kemudiannya.Oleh kerana asuhan keluarganya yang menitik beratkan pendidikan Al-Quran, maka Syed Qutb semenjak kecil lagi telah mengahafal Al-Quran dan beliau telah menghabiskan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Dalam usianya 14 tahun, beliau telah berangkat ke Kaherah untuk menyambung pelajarannya dan beliau mendapat pendidikan tinggi di Darul Ulum. Beliau mengambil kursus-kursus Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Ulum Al-Syariah, Sejarah dan Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1933, Syed Qutb telah berjaya menamatkan pendidikannya di Darul Ulum dengan mendapat Ijazah sarjana Muda & Diploma Pendidikan.

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai guru di Bani Suif dan telah menceburi bidang kesusasteraan kerana minat beliau dalam bidang ini begitu mendalam. Syed Qutb adalah seorang penulis yang prolifik. Selain daripada menulis tentang tafsir Al-Quran, beliau telah mengarang sebanyak 24 buah buku serta banyak menyumbang karya-karyanya kepada majalah terutama majalah Ar-Risalah. Syed Qutb pernah dihantar oleh Kerajaan Mesir ke Amarika Syarikat untuk mengkaji sistem pendidikan tinggi di sana. Kehidupannya di Amarika walaupun singkat, telah memberi Syed Qutb beberapa pengalaman hidup dan pengajaran yang sangat penting seperti melihat prejudis kaum yang dahsyat di Amerika dan juga sokongan Amerika kepada penubuhan Israel yang cukup menyentuh perasaan Syed Qutb.

Kebejatan nilai dan keruntuhan akhlak serta tamadun kebendaan masyarakat Barat telah memberikan Syed Qutb satu pandangan semula tentang paradigma perjuangan, beliau merasa mual dengan tamadun Barat yang kosong spiritual. Beliau mula rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Imam Hassan Al-Banna. Syed Qutb telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai pendidikan apabila balik semula ke Mesir dan telah menyetai Ikhwanul Muslimin. Di awal penggabungannya dengan Ikhwan, sesuai dengan bakat dan kebolehannya dalam penulisan, beliau telah banyak menulis topik-topik berkaitan dengan Islam serta membandingkan dengan Ideologi-ideologi seperti komunis, sekular, fahaman kebangsaan dan kapitalisme. Beliau telah memperkenalkan Islam sebagai alternatif kepada kegagalan ideologi dan tamadun Barat.

Syed Qutb telah ditahan bersama-sama dengan ahli-ahli Ikhwan yang lain termasuk Zainab al Ghazali, Fattah ismail, Hamidah Qutb, Kamal saniri pada tahun 1954 apabila telah dituduh merancang untuk membunuh Gamal Abdul Nasser dan ternyata tuduhan ini adalah sangat jahat untuk menghalalkan kejahatan regim Mesir. Beliau telah dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman penjara dengan kerja berat selama 15 tahun. Dalam penjara inilah beliau telah menghasilkan karangannya tentang tafsir Al-Quran dan beberapa buah buku lain. Penjara tidak pernah mematahkan daya juang dan semangat yang ada pada dirinya untuk menyatakan kebenaran, jeriji penjara adalah nyanyian bisu yang melantunkan api semangat dan pencerahan. Setelah 10 tahun di dalam penjara, Abdul A’rif Al-Salam iaitu Presiden Iraq telah merayu kepada Gamal Abdul Nasser untuk membebaskan Syed Qutb dan beliau telah dibebaskan.

Beliau tidak serik untuk berdakwah dan meninta ilmu untuk mencerahkan akal manusia terutama beliau adalah ikon kepada aktivis muda Ikhwanul Muslimin. Regim Mesir dengan seluruh kekuatan aparat keamanan sentiasa mengintai pergerakan beliau dan teman-temannya.

Syed Qutb sekali lagi ditahan iaitu tidak sempat setahun setengah daripada tahun pembebasannya sebelum itu. Kali ini bukan untuk menerima hukuman penjara tetapi hukuman gantung sampai mati bersama-sama dengan 2 orang rakannya yang lain. 29 Ogos 1966 , menyaksikan kesaksian sebuah ikrar perjuangan sang mujahid dakwah, beliau tidak mahu merayu diatas hukuman yang telah dijatuhkan. ‘Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur’ ujar Syed Qutb berpesan kepada kita semua, ‘ kebenaran walaupun kelihatan lemah namun ia akan muncul’ . Semboyan kebenaran akan terus memekik dan mencabar kezaliman thaghut di sepanjang zaman.

Tuesday, August 24, 2010

Bulan Keampunan yang Didambakan

Suatu ketika dulu pernah diri ini menyanyikan lirik lagu ini ketika hati ini sentiasa rindukan kasih sayangNYA..kini dipertemukan semula dalam bulan ramadhan yang mulia ini untuk hati ini kembali berkasih sayang denganNya..
Bagi mereka yang sentiasa menagih simpati dan rahmat dari Rabbi lirik ini sedikit sebanyak dapat membantu hati yang sentiasa lalai dan leka dengan urusan duniawi...


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa itu menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku



Kata-kata nista sering dibawa cerita,
Nafsu dan noda dibawa bersama,
Mohon ampun dan maaf andai diri kurang bersedia,
Dikata Pendakwah muda yang kurang bijaksana

Buruk sangka tidak pernah terkata di hati,
Sangkaan orang sukar dibaca oleh mimpi,
Dakwah seringkali di bicara insani,
Namun seringkali diikuti hati yang mati.


Mohon ampun dan maaf buat semua insan yang bergelar Pendakwah Muda..
Teruskan berjuang demi kebangkitan islam..

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Di Pakistan

Assalamualaikum..


setelah selesai nya pembelajaran di madrasah ramadhan selama 1/3 fatrah, kini fatrah seterusnya terus membilang hari..namum adakah hati dan diri kita masih sentiasa dahagakan rahmat dan pengampunan dari allah s.w.t..

Namun ramadhan kali ini begitu hebat ujian nya bagi ummat islam di negara lain..adakah kita sentiase sedar tentang ummat islam dan sedara seagama kita di negara lain yang sentiase diuji dan diuji...tetapi kita di sini hakikatnya hanya mampu melihat dan berdoa kepada allah namun adakah semua yang mengangkat tangan memohon pertolongan dari tuhan??? itu persoalan nya..

Baru-baru ini, Pakistan negara yang majoriti nya muslim telah dilanda bah dengan banjir yang besar sehingga mengorkan kan lebih 1400 orang..pernahkah kita ummat islam dimalaysia hari ini yang saban harinya mampu meneguk air bersih di bibir dan mampu memenuhkan isi perut dengan kelazatan makanan memikirkan bala seperti ini kemungkinan berlaku di negara kita???

JAWAPANnya mestilah tidak kerana terlalu naif dan lemahnya iman kita..apa yang terlantas difikiran hanyalah "Nau’zubillahimin zaalik" moga Allah hindarkan kami di negara malaysia ini dari bala tersebut..itu lah lemahnya ummat akhir zaman..

jangan kata ini hanya fenomena kejadian alam semulajadi kerana kita tidak mampu menduga apakah bala yang bakal kita hadapi di saat negara kita yang semakin hari semakin parah dinodai kejahilan dan kemaksiatan..

Cuba kita lihat kisah serta sejarah ummat terdahulu seperti kaum nabi Lut,nabi Nuh dan Ramai lai kaum-kaum utusan Allah yang mana kesan dan pengajaran telah pun ALLAH tunjukkan untuk kita namun seringkali kita alpa dan leka..Mempelajari sejarah lepas adalah panduan penting bagi kehidupan insan di hari ini dan akan datang. Sejarah jika tidak diingati untuk pengiktibaran bak kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

Oleh itu,
Jangan Dinafikan sekiranya ujian dan malapetaka yang hadir ditimpa ummat islam itu adalah balasan dari ALLAH s.w.t terhadap kesalahan dan kesilapan hambanya..


Mudah-mudahan Fatrah yang seterusnya di bulan Ramadhan ini dapat menyucikan hati dan diri kita dari dosa-dosa yang lalu bagaimana dalam sebuah Riwayat Al-Bukhari dan Muslim Dari Abu Hurairah Sabda Nabi Muhammad SAW bahwa "barangsiapa mendirikan puasa Ramadhan dengan iman dan ikhlas maka dosanya yang telah lalu diampuni oleh Allah SWT" (man qama ramadhan imanan wa ihtisahaban gufira lahu ma taqaddama min dzanbih). Kata "Qama" di sini tidak hanya menjalani ibadah puasa, tapi juga menghidupkan malam harinya dengan ibadah-ibadah tambahan seperti tarawih, tadarus, i"tikaf, dan banyak lagi amalan yang mampu dibawa untuk mendapatkan ganjaran dari ALLAH S.W.T..

Akhir kalam Sedikit gambaran tentang bala bencana di negara ummat islam di Pakistan yang telah dilanda banjir..moga kita sentiasa bersedia dengan ujian ALLAH..


Kegigihan ibu-ibu yang sentiasa melindungi anak mereka


Kemusnahan yang hanya dengan sekelip mata sahaja..Subhanallah
hebatnya kuasa ALLAH


Seorang Ayah membawa anaknya menaiki motor merentas banjir.kelihatan anak kecil itu menangis disisi ayahnya..
Adakah anak-anak kita di sini menangis kerana itu???



Mencari sisa dan baki barang-barang yang masih elok daripada runtuhan tanah akibat abnjir besar


kelihatan seperti tsunami yang berlaku di indonesia beberapa tahun yang lalu


hampir keseluruhan utara Pakistan dilitupi banjir besar