" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, August 29, 2010

SALAM SAMARA(SAkinah MAwaddah RAhmah)...
Sahabat..marilah kita sama2 menghayati&ambil pengajaran pesanan dari sahabatku ini...


PESANAN SEORANG SAHABAT…

بسم الله الرحمن الرحيم

وﺬكر فان اﻠﺬكر تنفع المؤمنين

Maksudnya : Dan peringatkanlah, maka sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.


Wahai sahabatku…

Inilah pesanan dan nasihat dari diriku yang fakir disisi Allah s.w.t tentang adab-adabmu dalam menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t.


Wahai sahabatku…

Aku tidak ingin menerangkan kepadamu tentang bagaimana cara untuk menuntut ilmu kerana dirimu lebih mengetahui bagaimana caranya dari diriku yang selalu leka dengan nikmat dan perhiasan dunia, tetapi disini ku Cuma ingin mengingatkanmu tentang beberapa perkara yang membahayakan dirimu didalam menuntut ilmu. Ketahuilah sahabatku, sesungguhnya ketika dirimu dalam menuntut ilmu, maka setiap dari dirimu akan menghadapi satu penyakit yang membahayakan sama ada penyakit ini menyerang dirimu dalam keadaan disedari atau tidak sedari dan hanya mereka yang diberi pertolongan oleh Allah s.w.t yang akan selamat.

Wahai sahabat yang ku kasihi…

Disini pertamanya ku ingin mengingatkanmu tentang satu benda yang penting didalam menuntut ilmu. Pekara ini merupakan asas yang terpenting dalam menuntut ilmu. Ia merupakan benih dan tunjang yang bakal kau tanam itu. Jika baik benihnya itu maka baiklah pohon yang akan bercambah itu dan sekiranya rosak benih yang kau tanam itu maka akan rosaklah pohon yang kau tanam itu. Jika elok tunjangnya maka kukuhlah pohon yang tumbuh itu dan jika reput tunjang pohon itu maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Perkara ini merupakan asas kepada asas-asas yang lain didalam kau belajar iaitu niat. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah bersabda didalam sebuah hadith yang berbunyi ;

ﺇنما الأعمال بالنية..1
Maksudnya ; Setiap amalan disertai dengan niat.

Didalam kita melakukan semua pekerjaan sama ada pekerjaan dunia mahupun pekerjaan akhirat akan melibatkan niat kita pada permulaannya.Ketahuilah dengan niat itu akan ember kesan kepada setiap pekerjaan yang akan kita lakukan itu sama ada baik atau pun jahat, bersih atau pun kotor, dan ma’ruf atau pun mungkar.

Ketahuilah sahabatku…

Apabila dirimu menuntut ilmu maka hendaklah kau meniatkan dirimu supaya menuntut ilmu itu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t dan bukannya kerana mencari dan menikmati kehidupan dunia. Sesungguhnya dengan niat itu akan ember kesan kepada pekerjaanmu itu kerana telah ramai orang yang terdahulu mengalami kerugian disebabkan salahnya niat mereka. Allah s.w.t telah berfirman didalam Al-Quran yang mulia ;

قل هل بالأخسرين أعملا الدين ضل سعيهم في الحيوة الدنيا وهم يحسبون أتهم يحسنون صنعا 2

Maksudnya; Katakanlah ( Hai Muhammad ) mahukah aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian didalam usaha mereka. Iaitu orang-orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.

Dan Rasulullah s.a.w juga ada mengingatkan kita tentang bahayanya jika kita tersalah ketika berniat dengan sabda baginda ;

كم من عمل بأعمل الدنيا ويصير بحسن الدنيا من أعمال الأخرة وكم من عمل يتصور بصورة أعمال الأخرة ثم يصير من أعمال الدنيا بسوء النية 3

Maksudnya : Berapa banyak amalan yang berupa keduniaan menjadi amalan akhirat dengan sebab baiknya niatnya dan berapa banyak amalan berupa akhirat menjadi amalan keduniaan dengan sebab buruk niatnya.

Maka telah ku sebutkan kepadamu tentang bahayanya sesuatu amalan jika tersalah niat yang diniatkan. Oleh sebab itu, maka suka ku peringatkan diri ku dan juga dirimu supaya menuntut ilmu dengan meniatkannya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t bukannya untuk mencari kenikmatan dan kupuasan dunia. Wallahua’lam.

Wahai sahabat yang ku kasihi..

Pesanan dan nasihatku yang kedua ialah merupakan peringatan kepadaku dan dirimu yang hina serta lalai dihadapan Allah s.w.t.Nasihat dan pesanan ini merupakan satu peringatan yang penting didalam perjalanan kita menuntut ilmu kerana Allah s.w.t.

Wahai sahabatku…

Disini diriku yang fakir lagi dhaif disisi Allah ingin memperingatkan diriku dan dirimu supaya taatlah kepada Allah s.w.t dan janganlah kita menderhakainya kerana kita adalah hambanya. Ketahuilah sahabatku,ku memperingati dirimu supaya jangan menderhakaiallah bukan kerana dirimu telah menderhakai Allah tetapi ku bimbang kita akan menderhakainya tanpa kita sedari. Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu itu merupakan golongan yang taat kepada Allah tetapi mungkin juga kita akan derhaka dalam taat kepada Allah. Maka sebab itulah ku memperingati sebegini supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang derhaka dalam taat.


Wahai sahabat yang ku kasihi…

Ingatlah kau ketika melakukan semua amalan kebaikan, hendaklah kau berhati-hati didalam pekerjaan itu seperti kau berhati-hati melalui jalan yang penuh dengan duri. Ingatlah, jangan kau campurkan amalanmu itu dengan maksiat walaupun pada permulaan amalan itu berupa kebaikan, tetapi jika kau campurkannya dengan maksiat maka amalan itu akan menjadi rosak serta tertolak dihadapan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memperingatkan kita tentang hal tersebut dengan firmannya ;

ولا تلبسوا الحق بالياطل وتكتموا الحق وانتم تعلمون4

Maksudnya ; Dan janganlah kamu campur adukan antara kebenaran dengan kebatilan ( maksiat ) dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangakan kamu mengetahuinya.

Jadi telah kita ketahui bahawa Allh s.w.t yang telah melarang kita mencampurkan kebaikan dengan kebatilan yakni maksiat kerana ia ember kesan kepada diri kita didalam menuntut ilmu. Pernah suatu ketika Imam Syafie bertanya kepada gurunya(5) tentang kepayahan dalam menuntut ilmu, maka gurunya telah menyuruhnya meninggalkan perbuatan maksiat dan telah berkata ;

ﺇن العلم ونور الله لآ يهدى لله للعاصى5

Maksudnya ; Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah s.w.t tidak akan menerangi perkara maksiat.

Kemudian ku ingin memperingati dirimu tentang niatmu didalam menuntut ilmu adalah belajar kerana Allah s.w.t. Maka teruskanlah pekerjaanmu itu dengan sebenar-benarnya da janganlah kau lakukan pekerjaan lain yang tidak perlu bagi kehidupan dirimu ketika belajar kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;

من حسن الأسلام المرء تركه ما لا يغيه6

Maksudnya ; Daripada sebaik-baik seorang muslim adalah mininggalkan pekerjaan yag bukan pekerjaannya.

Maka disini juga telah ku sebutkan apa yang perlu dilakukan oleh dirimu disepanjang perjalanan anta menuntut ilmu kerna Allah s.w.t . oleh itu janganlah kau membahayakan dirimu degan melakukan pekerjaan maksiat yang bukan juga urusanmu ketika belajar dijalan Allah s.w.t, tetapi jika kau lakukan juga maka bersedilah dengan apa yang kau telah lakukan itu. Setiap amalan kebaikan yang bercampur dengan maksiat akan menyebabkan amalan itu tiada keberkatan. Wallahua’lam.


Wahai sahabatku…

Pesanan dan nasihatku yang terakhir ini ingin ku peringatkan kepad diriku dan dirimu serta kepada semua umat Islam yang lain yang juga merupakan hamba kepada Allah s.w.t. Yang Maha Agung. Ia juga merupakan satu perkara yang kita selalu lupa lakukannya didalam setiap pekerjaan kita selaku hamba yang lemah lagi dhaif dihadapan-Nya Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Wahai sahabatku yang dirahmati Allah…

Adalah diriku yang lemah lagi dhaif dihadapan Allah s.w.t. ingin berpesan kepada dirinya dan kepada semua sahabat dan saudara yang dikasihinya supaya bertawakallah kepada Allah s.w.t. Tawakallah kau pada stiap semua pekerjaan yang dilakukan olehmu semua didunia ini. Sesungguhnya didunia ini ini kepada Allah s.w.t sahajalah yang patut kita bertawakal diatas semua pekerjaan. Allah s.w.t telah berfirman dengan firman-Nya ;

وتوكل على الحى اﻠﺬى لا يموت7

Maksudnya ; Dan bertawakallah kamu kepada Allah Yang Hidup (kekal) yang tidak mati.

Telah kita ketahui bahawa setiap sesuatu itu berlaku diatas kekuasaan Allah s.w.t. jadi setiap pekerjaan itu didalam pengetahuan ilmu-Nya sama ada yang telah berlaku atau pun yang akan berlaku. Maka kita sebagai seorang hamba menjadi satu kewajipan untuk menyerahkan urusan kita kepada Allah s.w.t. keraa kita telah meyakini tentang kekuasaan-Nya. Sahabatku, sesungguhnya apabila kita menuntut ilmu kerana Allah s.w.t.maka kepada-Nya jugalah kita patut menyerahkan urusan kita dan bukannya menyerahkan urusan kita kepada usaha yang kita lakukan. Allah s.w.t juga telah berfirman;

وعلي الله قتوكلوﺁ ﺇن كنتم مؤمنين8

Maksudnya; Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman.

Oleh itu marilah kita menyerahkan segala urusan kita kepada Allah s.w.t. sahaja.

“Ya Allah…sesungguhnya kami telah menzalimi-Mu dengan menyerahkan urusan kami kepada usaha kami sahaaja. Ya Allah Tuhan Maha Pengasih…janganlah engkau meletakkan kemurkaan-Mu diatas kesalahan yang kami lakukan terhadap-Mu. Ampunilah diri kami Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah tempat kami berserah dan kepada engkau jua kami memohon keampunan…”Amiin.

Wahai sahabatku…

Sesungguhnya inilah sahaja pesanan dan nasihat yang mampuku sampaikan kepadamu.. Walaupun mumgkin masih terdapat banyak yang tidak ku sebutkan didalam adabmu menuntut ilmu, tetapi jika dirimu lebih memahami dan beramal dengan apa yang ku perkatakan ini maka ia telah cukup bagi dirimu yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. Ku memohon maghfirah daripada Allah s.w.t jika apa yang ku perkatakan ini telah menyalahi Haq-Nya ember bertahmid kepada-Nya diatas segala kebaikan yang ku perkatakan ini kerana semuanya datang daripada Allah s.w.t. yang hanya menyandarkannya kepada diri hamba-Nya yang lemah lagi dhaif ini.



Ya Allah Ya Tuhanku! Kuatkanlah kami ketika kami lemah, tetapkanlah hati dan diri kami ketika kami goyah, tabahkanlah kami dengan ujian yang kami redah dan himpunkanlah kami bersama-sama kekasih-Mu, pejuang-pejuang-Mu, dan bersama-ama orang yang diredhai oleh-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Mematikan dan Maha Menghidupkan lagi Maha Menghimpunkan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.


والله أعلم......




………………………………………………………………………………………………

1. Matan Arba’in; Imam Nawawi
2. Surah Al-Kahfi; 103-104
3. Kitab Ta’lim Muta’lim; Syeikh Zarnuji
4. Surah Al-Baqarah;42
5. Guru Imam Syafie; Imam Malik
6. Matan Arba’in; Imam Nawawi
7. Surah Al-Furqan;58
8. Surah Al-Maidah 23







PESANAN SEORANG SAHABAT II


بسم الله الرحمن الرحيم
كنتم خير أمة أخرجة للناس تأمروت بالمعروف وتنهوت عت المنكر وتؤمنون بالله.1

Maksudnya; Kamu (umat Nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada manusia untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.


Wahai sahabatku!!

Sesungguhnya telah ku perkatakan pesanan dan nasihat kepadamu dahulu supaya menjaga adab-adabmu ketika belajar, maka pada kali ini ingin ku memperkatakan kepadamu tentang tujuan ku ember pesanan dan nasihat seperti itu kepadamu.

Wahai sahabatku…

Telahku sebutkan dahulu kepadamu semua perkara mesti mempunyai niat dan tujuannya sendiri, maka termasuk diriku juga mempunyai niat dan tujuanku tersendiri yang menyebabkanku ingin ember pesanan dan nasihat seperti itu kepadamu. Ku menasihati dirimu dengan perkara itu bukan untuk menunjukkan diriku lebih baik dari dirimu bahkan dirimu lebih mulia dari diriku yang selalu lalai kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya niat dan tujuanku adalah untuk kebaikan dirimu jua dan tiada sedikit pun kebaikan untuk diriku melainkan untuk melihat dirimu menjadi seorang yang bertaqwa serta menjadi semulia-mulia makhluk disisi Allah s.w.t..Aku telah terbaca tentang satu golongan yang ku ingin kita menjadi seperti itu yang telah disebutkan oleh Allah s.w.t. tentang golongan itu didalam firman-Nya;

ﺇن أكرمنكم عتد الله أتقاكم.2

Maksudnya; Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu ialah yang paling bertaqwa.

Taqwa itu merupakan satu perkara yang akan mengangkat dirimu menjadi orang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. Taqwa itu dapat ditafsirkan dengan maksud takutnya kita kepada Allah s.w.t. dalam semua perkara yang kita lakukan sama ada baik mahupun jahat, bersih mahupun kotor, dan ma’ruf mahupun mungkar. Sesungguhnya taqwa itu juga kita akan dapatinya dalam perkataan yang lain seperti khashyah ( خشية ) dan lain-lain lagi. Tetapi pada kali ini ingin ku menyeru kepada diriku dan juga dirimu supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t. yakni dengan perasaan khashyah kepada-Nya.

Wahai sahabatku…

Aku menyeru dirimu supaya mempunyai perasaan takut kepada Allah s.w.t dalam setiap perkara bukan keranaku ingin menghinamu ataupun ingin mengatakan diriku tidak pernah takut kepada Allah s.w.t, tetapi keranaku ingin diri mu menjadi orang yang mulia darjatnya disisi Allah s.w.t dan juga tidak mengulangi kesilapan diriku yang telah banyak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t..Aku telah berfikir bagaimanakah caranya untuk menjadikan dirimu serta diriku mencapai taraf taqwa dan tidak menjadi orang yang lalai dengan keduniaan, maka telah ku temuinya dalam firman Allah s.w.t. yang berbunyi ;

ﺇتما يخشى من عباده العلماء..3
Maksudnya; Sesungguhnya orang yang paling takutkan Allah dikalangan hamba-Nya ialah ulama’.

Allah s.w.t telah berfirman dengan mengatakan bahawa orang yang paling bertaqwa didalam kalangan kita sebagai hamba Allah s.w.t adalah ulama’. Jadi ulama’ yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t didalam firman-Nya itu? Kerana seperti yang mu ketahui bahawa ulama’ terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w didalam sabda baginda iaitu;

العاماء ورثة الأنبياء ﺇن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما وﺇنما ورثوا العلم.4

Maksudnya; Bahawa para ulama’ itu adalah pewaris nabi.Sesungguhnya para Nabi tiada mewariskan ummatnya wang ringgit, tetapi mereka mewariskan ummatnya dengan ilmu.

Mereka yang disebutkan oleh Rasulullah ini adalah merupakan pewaris Nabi yang mana mereka telah mewarisi harta pusaka Nabi yakni ilmu pengetahuan kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak mewariskan kepada kita dengan harta tetapi dengann ilmu pengetahuan. Manakah golongan yang kedua pula yang dissebutkan oleh Rasulullah s.a.w. didalam sabda baginda ialah;

أتا مت غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل : ما هو رسول الله؟ فقال : العلماء السوء.5

Maksudnya; Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal, lalu ada orang yang bertanya ; apakah itu wahai Rasulullah? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab ; Ulama’ su’ yakni ulama’ yang jahat.

Jadi mengapakah Rasulullah s.a.w begitu takutkan golongan yang kedua ini leih daripada Dajjal? Ini kerana kalau kita ketahui bahawa Dajjal ini sudah jelas niatnya iaitu ingin menyesatkan manusia, sedangkan ulama’ su’ ini kita tidak dapat mrngenalinya serta tidak mengetahui niatnya kerana perkataannya adalah seperti perkataan ulama’ dan perwatakannya juga seperti perwatakan ulama’.

Wahai sahabatku yang dirahmati Allah…..

Telah ku sebutkan kepadamu tentang dua golongan ulama’ yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. didalam hadithnya. Sesungguhnya golongan yang pertama merupakan golongan yang diredhai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w, sedangkan golongan yang kedua merupakan golongan yang tidak disukai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Adalah diriku yang fakir ini menginginkan kebaikan tercurah keatas dirimu, maka ketahuilah wahai sahabatku, seesungguhnya golongan yang pertama itulah yag dimaksudkan oleh Allah s.w.t didalam firman-Nya itu. Mereka itu merupakan pewaris kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sesiapa yang menjadi pewarisnya akan dicintai oleh Allah s.w.t. Maka jadikanlah dirimu itu menjadi ulama’ warathatul anbiya’ supaya dirimu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi-Nya serta dijadikanmu sebagai semulia-mulia makhluk kerana hanya dengan menjadi ulama’ warathatul anbiya’ yang akan membuatkan dirimu bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Wahai sahabatku…

Telah ku perkatakan kepadamu bagaimanakah caranya untuk dirimu menjadi seorang yang mulia disisi Allah s.w.t. yakni dengan menjadikan dirimu seperti ulama’ warathatul anbiya’ yang mewarisi harta pusaka Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ilu pengetahuan. Tetapi wahai sahabatku, sesungguhnya untuk menjadi seperti itu bukanlah mudah seperti mengucapakanya karana ramai orang-orang terdahulu telah kecundang didalam mencapai taraf itu.

Wahai sahabatku…

Sesungguhnya tidak ku ingin melihat dirimu kecundang didalam mencapai darjat itu. Ketahuilah sahabatku, sesungguhnya apabila dirimu ingin menjadi ulama’ warathatul anbiya’, maka dirimu mestilah mempunyai ilmu yag diredhai oleh Allah s.w.t. dan apakah ilmu yang diredhai oleh Allah s.w.t itu? Itulah ilmu yang berkat kerana hanya ilmu yang berkat sahaja yang akan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Sesungguhnya jika dirimu belajar ini bukan kerana Allah s.w.t tetapi kerana keduniaan maka dirimu telah menzalimi Allah s.w.t dan apabila kau telah berlaku zalim maka Allah s.w.t tidak akan ember petunjuk kepadamu sebagaimana firman-Nya;

والله لا يهدى القوم الظالمين.6

Maksudnya; Dan Allah tidak ember petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Wahai sahabat yang ku kasihi…

Hendaklah dirimu menjauhi daripada memiliki ilmu yang tidak berkat kerana ilmu yang tidak berkat tidak akan ember manfaat kepada dirimu diakhirat nanti bahkan akan menyusahkan dirimu. Jadi bagaimanakah untukmu mendapatkan ilmu yang berkat itu? Maka hendaklah kau mematuhi adab-adab ketika menuntut ilmu kerana itulah yang akan menghasilkan ilmu yang berkat yang telahku perkatakan dahulu tentang adab-adabnya.

Wahai sahabatku…

Telah diriku yang jahil dan fakir ini memberitahu kepadamu tentang cara-cara yang akan memuliakan dirimu dihadapan Allah s.w.t kelak. Maka kuharapakan dirimu mengamalkan apa yang ku perkatakan ini kerana ia ember manfaat yang besar kapadamu. Sesungguhnya ini adalah nasihat dan peringatan dariku kepadamu sahabat… Ketahuilah, ku menasihati dirimu seperti ini adalah kerana ku yang dhaif dihadapan Allah s.w.t. ini mengasihi dan menyayangi mu dan sahabat-sahabatmu yang lain sebagaimana ku mencintai dan menyayangi diriku sendiri seperti mana sabda Rasullulah s.a.w.

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه.7

Maksudnya; Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

“Ya Allah Ya Tuhanku..kuatkanlah kami Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami Ya Allah, sebagaimana Engkau telah kuatakn hati-hati para kekasih-Mu, para pejuang-Mu dan para Nabi dan Rasul-Mu…Ya Allah, Ya Rahman..kukuhkanlah ikatan ukhuwwah kami… Ya Rahim..kekalkanlah ukhuwwah kami..Ya Rabbal Maghfirah..redhakanlah ukhuwwah persahabatan kami ini…Ya Dzal Jalali wal Ikram..himpunkanlah kami bersama-sama kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w…AMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN…”

والله أعلم....










………………………………………………………………………………………………


1. Surah Ali Imran; 110
2. Surah Hujurat; 13
3. Surah Al-Fatir;28
4. Hadith ini diriwayatkan daripada Anas seperti yang disebutkan didalam kitab Al Jamai’ As-Shaghir, riwayat Ahmad dan lain-lain.
5. Hadith riwayat Ahmad dari Abu Dzar r.a dengan sanad yang baik
6. Surah Al-Jumuah;5
7. Matan Arba’in; Imam Nawawi







### Bonus untuk sahabatku.....dialah sahabat yang apabila ku melihat wajahnya mengingatkanku kepada ALLAH,apbl mendengar kata-katanya membuatkan ku bertambah sayang kepada ISLAM&apbl ku melihat tingkah-lakunya mengingatkan ku kepada HARI AKHIRAT…Sahabat..teruskan perjuanganmu disana..andai ada rezeki,InsyaAllah 1hari nanti pasti kita akan jumpa lagi…Yakinlah dengan janji-janji ALLAH…..

No comments:

Post a Comment